SEJARAH SEKOLAH SK TAMAN KOTA KULAI 2

Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai 2 terletak di Jalan Sri Putri 4/9, Taman Putri , 81000 Kulai, Johor. Telah dibina pada bulan Julai 2000 oleh pemaju Kemajuan Kota Selatan Sdn. Bhd, 10.-01, Jalan Ros Merah 2/8, Taman Johor Jaya , Johor. Siap sepenuhnya pada bulan Februari 2002 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran pada 24 Oktober 2002.
Bangunan sekolah mengandungi 30 buah bilik darjah, bilik guru besar, bilik-bilik guru penolong kanan, pejabat am, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik peperiksaan /perkembangan staf, perpustakaan, bilik tayang, bilik sumber, bilik kesihatan, bilik sembahyang, bilik Kemahiran Hidup, bilik muzik, bilik kaunseling, stor am, bilik operasi SPBT, setor sukan, kantin, dua buah makmal sains dan dua buah makmal komputer, sebuah makmal telah lengkap dengan 21 unit komputer. Kawalan keselamatan sekolah adalah di bawah pengurusan Uneed Guard Security manakala Syarikat Daya Selatan menguruskan kerja-kerja pembersihan.
SK Taman Kota Kulai 2 telah diselaraskan oleh guru penyelaras iaitu En. Ismail bin Hj Atan dengan bimbingan Tn. Hj Muhamad bin Saleh (Guru Besar SK Kulai, Kg Melayu).
Memulakan operasinya pada 6 Januari 2003. Hanya 13 buah kelas sahaja digunakan untuk permulaan operasi dan murid seramai 480 orang dari tahun 1 hingga tahun 5 sahaja. Guru Besar pertama ialah Puan Khadijah bt Abdul Hamid. Bilangan guru pula seramai 23 orang. Sehingga Jun, bilangan muridnya 538 orang dengan 14 buah kelas digunakan dan gurunya seramai 24 orang.
Selain bidang akademik , bidang kokurikulum yang dijalankan terdiri daripada, Unit Beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Puteri Islam, dan Tunas Puteri. Sukan pula terdiri daripada bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan badminton.Kelab/Persatuan terdiri daripada Kelab Perpustakaan, Bahasa dan Budaya, agama Islam, keceriaan, taekwando dan kelab komputer. Rumah sukan pula menggunakan nama Syahbandar(Biru), Bendahara (Merah), Laksamana (Kuning) dan Temenggong (Hijau).

No comments:

Post a Comment