PROGRAM PINGGAN SIHAT 2017

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah SK Taman Kota Kulai 2 dengan kerjasama pihak kantin  telah mengadakan Progam Pinggan Sihat #sukusukuseparuh pada 8 Ogos 2017 (Selasa) bagi menggalakkan murid-murid mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah : 

1. Penerangan ringkas amalan  (Suku Suku Separuh)
2. Persembahan nyanyian lagu tema
3. Ucapan dan perasmian daripada Pn. Nor'ani Binti Sarbini, Guru Besar SK Taman Kota Kulai 2
4. Kuiz Kesihatan
5. Cabutan bertuah.




























SISTEM CARIAN ID VLE MURID DAN IBU BAPA

Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pencarian ID VLE murid dan ibu bapa untuk melayari laman FROG VLE. Selamat Mencuba !




CARTA ORGANISASI SK TAMAN KOTA KULAI 2





*SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS.

SEJARAH SEKOLAH SK TAMAN KOTA KULAI 2

Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai 2 terletak di Jalan Sri Putri 4/9, Taman Putri , 81000 Kulai, Johor. Telah dibina pada bulan Julai 2000 oleh pemaju Kemajuan Kota Selatan Sdn. Bhd, 10.-01, Jalan Ros Merah 2/8, Taman Johor Jaya , Johor. Siap sepenuhnya pada bulan Februari 2002 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran pada 24 Oktober 2002.
Bangunan sekolah mengandungi 30 buah bilik darjah, bilik guru besar, bilik-bilik guru penolong kanan, pejabat am, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik peperiksaan /perkembangan staf, perpustakaan, bilik tayang, bilik sumber, bilik kesihatan, bilik sembahyang, bilik Kemahiran Hidup, bilik muzik, bilik kaunseling, stor am, bilik operasi SPBT, setor sukan, kantin, dua buah makmal sains dan dua buah makmal komputer, sebuah makmal telah lengkap dengan 21 unit komputer. Kawalan keselamatan sekolah adalah di bawah pengurusan Uneed Guard Security manakala Syarikat Daya Selatan menguruskan kerja-kerja pembersihan.
SK Taman Kota Kulai 2 telah diselaraskan oleh guru penyelaras iaitu En. Ismail bin Hj Atan dengan bimbingan Tn. Hj Muhamad bin Saleh (Guru Besar SK Kulai, Kg Melayu).
Memulakan operasinya pada 6 Januari 2003. Hanya 13 buah kelas sahaja digunakan untuk permulaan operasi dan murid seramai 480 orang dari tahun 1 hingga tahun 5 sahaja. Guru Besar pertama ialah Puan Khadijah bt Abdul Hamid. Bilangan guru pula seramai 23 orang. Sehingga Jun, bilangan muridnya 538 orang dengan 14 buah kelas digunakan dan gurunya seramai 24 orang.
Selain bidang akademik , bidang kokurikulum yang dijalankan terdiri daripada, Unit Beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Puteri Islam, dan Tunas Puteri. Sukan pula terdiri daripada bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan badminton.Kelab/Persatuan terdiri daripada Kelab Perpustakaan, Bahasa dan Budaya, agama Islam, keceriaan, taekwando dan kelab komputer. Rumah sukan pula menggunakan nama Syahbandar(Biru), Bendahara (Merah), Laksamana (Kuning) dan Temenggong (Hijau).