Sehubungan dengan itu, pihak sekolah SK Taman Kota Kulai 2 dengan kerjasama pihak kantin telah mengadakan Progam Pinggan Sihat #sukusukuseparuh pada 8 Ogos 2017 (Selasa) bagi menggalakkan murid-murid mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah :
1. Penerangan ringkas amalan (Suku Suku Separuh)
2. Persembahan nyanyian lagu tema
3. Ucapan dan perasmian daripada Pn. Nor'ani Binti Sarbini, Guru Besar SK Taman Kota Kulai 2
4. Kuiz Kesihatan
5. Cabutan bertuah.